Hi Semua,
Harap kamurang baik baik saja. Hari ini saya mau cerita pasal Wagashi Workshop.
Sebelum itu, Apa itu Wagashi ?
Wagashi itu adalah sejenis kuih yang dikatagorikan dalam golongan mochi. Ia rasa manis dan terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Benda yang penting bagi wagashi ialah "seni" berbanding rasanya. Umumnya, wagashi cuma ada 1 rasa iaitu "manis". Warna dan rasa diperbuat dari pelbagai sumber semula jadi. Sementara itu, warna dan seni wagashi adalah berbeza bergantung kepada musim cuaca di negara mereka. Bagi masyarakat Jepun, Wagashi dihidangkan ketika minum teh dan harus dihabiskan sebelum meminum teh yang mungkin akan terasa pahit atau kelat.
Adakah saya pigi Jepun untuk Wagashi Workshop ? Jauhnya mau pigi Jepun..Oh tidakk, saya tidak ke Jepun untuk tujuan workshop ini.
Saya joined Wagashi Workshop di Kuala Lumpur saja dengan bayaran RM60 untuk sesi 2 jam + pakai kimono after class. Berbaloi kah ? Bagi saya ya sudah tentu berbaloi..
Okay, let go through the class.
Bahan-bahan dan peralatan untuk membuat wagashi ini, sudah disediakan dan termasuk sekali dalam yuran wokshop. Berikut adalah bahan dan peralatan yang disediakan untuk peserta.
Untuk wagashi pertama, kami buat bentuk kipas dengan 2 tona warna. Merah jambu dan putih. Bahagian putih dibawah ialah bahagian (badan kipas). Warna putih (kacang soya) kalau tidak silap. Itu kasih tempel dan dibulatkan bersama adunan yang merah jambu.
Ini pula wagashi kedua. Saya lupa dia apa. Sunflower?
Kalau kamu berminat boleh hubungi Yu Wagashi. Berikut adalah Instagram diorang. Ingin saya tekankan, postingan ini bukanlah colaboration atau paid review. Hanya sekadar berkongsi aktiviti hujung minggu saya.
Kalau kamu join share lah pula apa wagashi yang kamu buat, memandangkan seni wagashi berubah mengikut musim di Jepun.
Comments
Post a Comment