Tempat menarik di Keningau ? Taman Awam Bandukan, Bunsit Keningau adalah tempat popular untuk berkelah dan mempunyai ramai pengunjung..

Hi Semua,


Waktu saya balik kampung di Keningau saya sempat pigi berjalan di Taman Bandukan, Bunsit, Keningau. Ia terupakan tempat reakreasi awam yang terletak kira-kira 15KM dari bandar Keningau. Tempat ni merupakan salah satu tempat menarik di Keningau dan sememangnya terkenal dalam kalangan masyarakat Keningau. Kalau ada orang keningau tidak tau ni tempat, bukan orang Keningau mengkali tu .. haha tidak bah main main saja.. gurau senda di petang hari..

Bila saya pigi sana, betul- betul sudah jauh berbeza oh. Entah bila last saya pigi sana, rasanya 2012 - 2014 mungkin. Cantik sudah tempat reakrasi ini berbanding dulu.




Kemasukan dan parking adalah percuma di taman ini.

Selalunya, masyarakat Keningau datang pada hujung minggu, cuti umum untuk mandi-manda, berkelah bersama keluarga sambil panggang-panggang kepak ayam. Bau kepak ayam tu perghh, satu taman terhidu. Jaranglah datang sini tiada orang berkelah kalau hujung minggu.

Tapi peringatan untuk kita semua ya. Jagalah taman ini sebaiknya, lepas berkelah, bersihkan tempat kamu jangan kasi tinggal itu sampah bertaburan. Buang di tempat khas yang sudah disediakan. Paling penting jaga adab dan tatasusilah bila berkemah disini. Peringatan mesra, jangan macam-macam / berkelakuan tidak senonoh..


Sekarang Taman Bandukan sudah ada banyak gerai makanan berbanding dulu-dulu. Pelampung dan canopy juga boleh disewa. Kedai dia berdekatan dengan jalan masuk, tepi jalan utama saja.

Air sungai sini sangat sejuk. Kalau kamu mandi jam 4pm keatas memang kamu boleh rasa sudah tu sejuk betul.

Dan jangan lupa kalau pigi sini Taman Bandukan, mesti naik tu jambatan gantung,  ini dia punya ikon disini. Lawa pemandangan dari atas. Dua gambar dibawah saya ambil dari atas jambatan.



Tapi bukan jambatan tu saja end dia ya. Kalau kamu jalan terus sampai hujung jambatan dan ambil selok sebelah kiri kamu akan sampai ke Cliff di hujung tu . Di sana dulu boleh nampak orang mandi-manda dari atas. Di atas tu dulu ada rumah pondok. Tapi sekarang kalau berdiri dari atas, tidak sudah boleh nampak pemandangan ke bawah sebab pokok bulu terlalu panjang dan semak bahagian bawah tidak dibersihkan. Jadi semak samun sudah. Ini setakat yang saya pigi pada bulan Januari 2025. Kamu cuba saja pigi tengo mana tau nasib kamu bagus, tempat tu ngam-ngam dibersihkan. Tenang saja di atas tu, ada angin-angin lagi. Tapi jangan berdiri terlalu dekat tepi ya. Bahaya! Malang tidak berbau. Palis-palis. 

Di bawah ini video yang saya ambil sekitar Taman Bandukan, Bunsit.



Selepas turun dari jambatan, saya menyusuri pula tepi sungai, tengo batu-batuan. Saya ada terjumpa batu yang ada "mini kristal" di atas permukaan dia. Ada kah pembaca yang tau pasal mineral ni? Boleh cerita sikit ka apa ini "mini kristal" atas permukaan batu. Cantik!!


Ini yang saya maksudkan mini kristal, apa ni ar?

Sekian,


#losunbambangan
#tamanawambandukan
#tempatmenarikkeningau
#tempatberkelahkeningau
















Comments