Hi Semua,
Ini adalah tempat makan yang wajib kamu cuba sekiranya kamu datang ke Bingkor. Nama tempat makan ni ialah D'Atong Cafe. Dia terletak betul - betul di pekan Bingkor. Bersebelahan dengan SK Bingkor. Cafe ni ada beberapa cawangan di Sabah dan ada 2 di Keningau. Satunya di Bingkor lah.
Lokasi Cafe : Lokasi D'Atong Cafe-
Diorang buka 8AM-5PM dan Selasa - Ahad. Isnin tutup. Tapi makan diorang cepat habis. Suggest pigi sebelum / masa makan tengahari .
Bah jadi apa makanan diorang ?
Saya paling suka mi sup tomato tomyam diorang. Memang sangat sedap. Tengo ni, pekat kan sup dia. Kalau saya balik kampung, wajib ni saya pigi makan sini sebelum balik semenanjung.
Banyak kan isi dia di dalam. Udang macam ada 5-6 gitu.
RM13 saja Konlomee set dia. Sangat berbaloi.
Sup tomato tomyam ni kamu boleh minta, mi sup, konomen/konlomee atau makan dengan nasi pun boleh. Ikan dia selalunya 2 jenis mentah (Direct rebus dalam sup) atau goreng (ikan goreng dalam sup). Macam yang saya minta di atas.
Hari ini saya minta Konlomen Sup Tomato Tomyam (Ikan Goreng).
Habis sudah mee saya tapi sup dan isi dia masi banyak.
Jadi saya minta lah 1 nasi kecil hehe
Ini pula menu D'Atong Cafe yang diorang ada.
Kalau suda cuba, let me know what you think.
Sekian,
#Losunbambangan
Comments
Post a Comment