Sepetang di kampung : Pancing Ikan dan belut sawah padi

Hi Semua 

Kehidupan di kampung adalah "slow pace" di mana kita dapat melakukan aktiviti yang relax atau santai seperti memancing dan berlegar-legar tanpa mengejar masa. Hari ini kita akan cerita berkenaan sepetang di kampung pigi memancing ikan dan belut. Saya lebih teruja untuk pigi memancing belut sebab kalau pancing ikan ni, di semenanjung pun selalu juga saya pancing ikan.



Gambar di atas diambil sebelum hujan mulai turun. Menyelit pula adik saya jadi model pelangi tebasan hehe.

Saya memancing di kolam kecil kami seperti di atas. 

Untuk umpan kami guna, siput, belalang dan giuk pisang.

Kamu boleh adjust resolution dia yang paling tinggi untuk kualiti video yang lebih bagus.


Ni la giuk daun pisang atau butterfly pupa. 



Hasil memancing dapat ikan karuk dan talapia. 






Masih bocah ni talapia dia tapi boleh lah.


Sekarang pancing belut pula. Jam di tangan sudah menunjukkan dekat jam 7PM tapi sini gelap sudah. Jadi kita memancing macam malam sudah nampak.

Untuk pancing belut ini, biasanya kami ikat tali tangsi dia pada sebatang kayu kecil bagi memudahkan untuk menarik belut sekiranya ditarik jauh ke dalam tanah. Kalau kami di sini, memang cara kami pancing begitu. Kalau tempat kamu macam mana ?

Umpan untuk pancing belut selalunya kami guna cacing / katak. Tapi sebenarnya belut ini tidak memilih, asal ada pergerakan atas air yang dia dapat kesan dan hidu bau makanan, dia keluar juga tu. Ini untuk pancing belut direct di lubang dia ya. Tapi kalau di tempat terbuka lain lagi cara dia.

Ni la video kami pancing belut di sebelah rumah (kawasan sawah padi) ditemani oleh nyanyian ungas yang seakan-akan menyokong dan memberikan semangat.. Amboii jangan juga berpuisi tengah tebasan kalau pigi memancing ar.. last gayamu haha




Pancing belut ni kalau dia jatuh mesti mau cepat. Kalau tidak, sekali dia kena tanah lembab & lumpur. Laju tu dia masuk dalam balik. Nanti bye bye gaman la jawabnya haha.

Memancing gelap-gelap ni terthrow back pula memancing belut last time pukul 1AM. Gara- gara projek + Year end appraisal punya stress haha. Kerja pula hybrid di kampung. Ni la bila Corporate + Kampung Life co-exist. Memancing kita jam 1AM tengah-tengah sawah padi hahaha. Nasib juga adik lelaki saya jenis melayan saja kakak dia yang stress lol, supportive brother..

Okay, ni pula video saya ambil di siang hari untuk tunjuk rupa lubang belut di bahagian tanah yang kering sikit. Selalu lubang ni memang berdekatan air juga. Sebab itu dia di dalam sentiasa ada air.



Itu saja sharing untuk hari ini.. 



Sekian,

#Losunbambangan
#Carapancingbelut















Comments