Hi Reader,
Time saya di kampung hari tu, mummy saya ada bagi banyak bunga kantan. Saya tidak tau apa mau buat tu bunga kantan. Jadi salah satu yang saya decided untuk buat ialah Serunding Tuhau. Ini pertama kali saya buat serunding. Saya pernah nampak 1 video dulu-dulu cara dia kena buat tapi lama sudah. Ingat-ingat lupa begitu. Jadi main hentam saja lah. Nama pun percubaan pertama kali kan hehe.
Bila masak makanan tradisi, rasa macam terhubung balik dengan budaya dan suasana kampung halaman. Membuat serunding ni, saya rasa macam balik ke zaman kecil-kecil dulu, bila keluarga berkumpul dan makan sama-sama.
Bagi readers yang tidak tau apa itu serunding.
Tuhau ialah sejenis tanaman yang lebih kurang macam halia liar yang banyak tumbuh di hutan Borneo. Tuhau ni ada bau yang khas, dia agak wangi tapi bagi sesetengah orang dia berbau macam sejenis serangga (Kumbang Padi) yang di namakan "Pesisang" . Tuhau selalu digunakan dalam masakan tradisional. Selalunya, orang guna tuhau dalam jeruk, ulam-ulaman, atau makan mentah.
Bahan-Bahan:
Bahan yang saya guna sangat common dan boleh senang dapat di Sabah.
1. Tuhau (Beli dari Tamu Keningau)
2. Lada putih (Petik dari kebun lada kakakku. Untungnya ada kakak mengusaha lada putih, supply tidak susah dan tidak putus hahaha)
3. Bunga Kantan ( Si Mummy bagi. Banyak sudah berbunga kantan dia)
4. Bilis
5. Garam
6. Gula .
Sepatutnya saya mau letak kacang tanah, tapi tiba puba bila kita mau pakai, kacang tanah di rumah habis. Okay tidak apa skip dulu.
Gula pula pilihan saja untuk substitute ajinomoto (MSG). Saya jarang pakai ajinomoto dan cuba elakkan selalu. Kalau terlebih makan saya pandai sakit tekak. Jadi saya ganti gula sikit. Tapi ramai Sabahan tidak boleh kalau tiada ajinomoto kan. Macam tidak lengkap hidup dia bilang kawan saya.
Langkah-Langkah: Membuat Tuhau Serunding
Membuat Tuhau Serunding ni bukan susah, tapi memang kena sabar. Pertama, saya hiris halus tu tuhau dan bunga kantan. Untuk lada putih saya biarkan saja dia 1 biji begitu. Saya tidak potong tu lada putih.
Goreng semua tuhau, kantan, lada putih dan bilis secara berasingan. Saring dan letak atas tisu untuk serap minyak berlebihan. Time serunding ni digoreng, bau dia memang menusuk ke seluruh rumah, terutama bunga kantan. Rasa sangat homey dengan aroma ni.
Selepas itu saya campur garam dan gula sedikit. Masukkan dalam bekas kedap udara.
Ini hasilnya..
Packing dulu serunding tuhau untuk bawa balik semenanjung.
Tapikan, lepas beberapa hari serunding saya jadi sikit lembik. Kenapa tu ar? Ada sesiapa yang boleh bagi pencerahan / tips macam mana mau kekalkan dia punya rangup tu?
Makan ni serunding tuhau sama ikan goreng sama bambangan saja pun boleh buat kau tambah nasi. Kalau ada lada putih campur ikan masin lagi lah perghhh..terliur pula ingat makan makan ni hahaha. Tapi serius sedap ni combination. Kalau kamu ada kesempatan, saya memang syorkan kamu cuba buat sendiri di rumah. Mana tau kamu pun ada kantan , tuhau yang banyak di belakang rumah hehe..
Tapi bila kita tinggal jauh dari kampung ni, benda-benda sekecil ni saja pun bikin kita happy betul. Sangat berharga rasanya bila dapat hehe..
Sekian itu saja..
#losunbambangan #carabuatserundingtuhau #serundingtuhau
Comments
Post a Comment