Jumpa Sayur Lemiding, Lembiding, Lemidin di tepi jalanan

 

Hi Semua,

Hari ini saya akan menulis berkenaan Sayur Lemiding.



Kepada pembaca yang tidak pasti atau tidak kenal dengan sayuran ini. Sayur Lemiding, Lembiding, Lemidin atau lebih dikenali sebagai Paku Midin di Semenanjung Malaysia merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Sabah dan Brunei. Nama saintifiknya ialah Stenochlaena palustris.

Bagi masyarakat Keningau (terutamanya Bingkor) biasanya kami masak tumis campur dengan Sardin Tin saja. Kalau kamu masak macam mana? Share dulu idea recipi daerah kamu.

Beberapa hari lalu, sewaktu perjalanan ke Selatan saya ternampak lemiding di tepi jalan kawasan sawit . Jadi saya pun petik lah. Paling happy dapat lemiding. Sebabnya boring suda saya tengo tu sayuran di Supermarket. Itu- itu juga. Lemiding sayur rare ni kalau di semenanjung. Baru saya tau ada juga jual di Shopee tapi harga keras lah.

Sebelum petik saya tengo juga, kesegaran lemiding dia maklumlah, kawasan tepi sawit kita tidak tau kalau ada sembur racun kah apa. Sentiasa berjaga gitu. Saya tidak masak terus, saya balut dan simpan di peti sejuk selama 2 hari. Selepas itu, saya cek masih segar baru saya masak.

Video saya ambil dan masak lemiding dibawah.. gambar di atas merupakan gambar selepas 2 hari dalam peti sejuk. Masih segar.



Tapi sedihnya dia tinggal semangkuk selepas masak. Apa boleh buat, asal hilang tu kepingin/mengidam kan.

Bagi yang mau cari lemiding, kalau memang terdesak boleh beli di Shopee. Saya list beberapa kedai dibawah. Saya sarankan kamu beli dari kedai yang memang ship berdekatan dengan kamu. Takut layu bah, nanti sayang saja..apa pun dari preference kamu lah.



Shopee

Supplier dari Kedah

Link : honey86 mini shop 

seikat 20-25 batang (RM13.99 - RM15.99)


Supplier dari Kedah

Link : Aquadeco & Herbs (Dari Kedah)

Seikat 30-35 batang (RM21.80)


Supplier dari Selangor

Link : gocfarm73

Sebungkus anggaran 250g+ (RM22.00)


Harga dan quantiti adalah dikemaskini setakat  7 Feb 2025. Sila klik link diatas untuk info terbaru.


Ehh tapi paling penting, share dulu recipi daerah kamu bah..


Sekian,


#losunbambangan









Comments

  1. Waahhh sedapnya lembiding.. lama nda makan ini oh..

    ReplyDelete

Post a Comment