DIY Bridal Bouquet dan Corsage Menggunakan Soap Flower. Apa kelebihan Soap Flower ?

Hi Semua,


Apa kabar ? Harap semuanya dalam keadaan sihat.


Hari ini saya mau share pasal Bridal Bouquet . Hari tu kami buat bouquet untuk majlis kawin kakak saya. Untuk persiapan ini kakak saya cakap dia mau guna Soap Flower untuk Bridal Bouquet dan Corsage dia . Mula- mula saya macam apa bah ni Soap Flower. Tidak boleh saya bayangkan dalam kepala saya. Yang saya bayangkan sabun saja. Rupanya bunga itu diperbuat daripada sabun. Setiap kelopak bunga itu adalah sabun. Tapi jangan juga kamu bikin mandi ar..


Guna Soap Flower ni ada kelebihannya. Kelebihan Soap Flower saya senaraikan seperti berikut:-


1. Bunga ini nampak dan rasa seakan-akan bunga hidup. Petal dia lembut saja.

2. Tahan lama dan tidak akan layu. Asal jangan kena air saja. Kalau kena air dia akan larut.

3. Wangi. Macam sabun tapi soft.

4. Jimat duit sikit berbanding beli bunga hidup.

5. Boleh simpan bridal bouquet ni jadi kenangan.



Ini gambar dia selepas kami kasi pasang di dawai pemegang bunga. Apa macam? Nampak macam bunga real juga ? Untuk bunga putih-putih macam biji tu saya beli di florist keningau sebelah Servay Supermarket. Lupa nama kedai dia.



Kami kasi pasang daun- daun pakis sikit untuk penyeri.
Ni kalau beli di luar tidak tau berapa sudah harga, belum lagi termasuk Corsage.



Sekarang buat Corsage pula untuk lekat di baju. Yang ini untuk sebelah keluarga pengantin perempuan.
Reben putih tu kami buat sendiri juga. Beli yang roll saja, then buat sendiri.



Yang purple Corsage untuk sebelah keluarga pengantin lelaki.


Untuk buat semua ni kami beli 2 kotak soap flower (Peach & Purple). 1 kotak ada 50 kuntum bunga dan harga tidak melebihi RM20. Belasan ringgit saja. Tapi tidak juga kami habis guna ni bunga lepas buat Bouquet & Corsage masih banyak baki.

Kalau kamu mau cari Soap Flower dan white ribbon diatas, boleh cek link di bawah. Ini Shop yang sama kami beli bunga. Lawa bunga-bunga dia. Packing diorang pun bagus time shipment.

Soap Flower Link : https://s.shopee.com.my/6plrRilRSe

White Ribbon : https://s.shopee.com.my/5Kx3f1c3vo


Bah jangan stress-stress buat persiapan ar..all the best persiapan kamurang.


Sekian,


#Losunbambangan

#Bridalbouquetsoapflower

#Soapflower

#DIYbridalbouquet


Comments