Review Trip.Com Flight ticket: Legit kah?

Hello Semua,

Selamat sejahtra dan selamat datang kembali ke blog saya.

Setiap kali perayaan, sebagai orang Borneo benda yang paling selalu kita fikir untuk balik kampung adalah harga tiket kapal terbang. Tiket balik ke Sabah sangat mahal. Isu ini tidak asing lagi bagi kita orang Borneo. Kadang-kadang tidak jadi balik atas sebab ini. Sedih..

Baru-baru ini saya beli tiket untuk balik kampung.Harga tiket yang paling murah saya boleh dapat termasuk 20kg bagasi ialah RM670/sekali terbang. Saya semak melalui airline website.

Harga termurah yang saya boleh dapat ialah daripada Malaysia Airline dan Batik. 

Terdetik di kepala saya untuk semak harga di third party web . Jadi saya cuba gunakan Trip.com dan Agoda. Sebelum ini belum pernah menggunakan third party untuk Flight booking jadi risau la juga. Terutamanya Trip.com. Saya langsung tidak pernah gunakan untuk apa-apa booking. Boleh percaya kah kalau booking dari Trip.com ? Kita akan pergi ke bahagian ini kemudian.



Untuk permulaan saya semak harga tiket dulu (Sehala, KUL-BKI)

Berikut adalah ringkasan harga tiket 


Dari segi harga dan elaun bagasi. Trip.com lagi berbaloi. Jadi saya pilih untuk beli Tiket penerbangan MAS melalui Trip.com.

MAS - Economy Basic RM670.80 (termasuk 20kg bagasi)



BATIK - FLEXI - RM670.64 (termasuk 20kg bagasi)



Trip.com  - MAS RM557.00 (termasuk 20kg bagasi)





AGODA - MAS- RM546.94 (termasuk 10kg bagasi)





Semasa proses pembelian tiket, pastikan key in nama dan detail lain dengan betul. Untuk pembayaran tiket, saya gunakan Touch n go dan dapat lagi extra diskaun RM15.00.

Selepas pembayaran, Trip.com email tiket saya dalam masa 30 minit. Yang bagusnya, Trip.com menyediakan pilihan untuk "auto Check-in". Jadi kita tidak perlu check-in online lagi. Selepas diorang tolong check-in, kita akan dapat notis melalui email. Jadi Kita tinggal drop luggage saja di airport. 

Kesimpulan : 
Berdasarkan pengalaman saya. Trip.com ini legit. Proces? Smooth. Sampai juga saya di Sabah tanpa apa-apa halangan haha. Jadi boleh la guna sebagai alternatif untuk cek harga tiket. 

Sekian.

#Losunbambangan

Comments