Hello Semua,
Pernah sekali viral pasal Orang Korea Racist dan semenjak dua menjak ini makin menjadi highlight pula perkara ini.
Terlintas diminda ini untuk memberikan perkongsian pengalaman saya ke Korea Selatan.
Tapi saya boleh share tempat yang saya pigi saja. Saya pigi Busan, Seoul, Incheon, Nami Island. Terlebih dahulu saya ingin tekankan penulisan ini bukan untuk memburukkan negara / fokus keburukkan orang tapi sekadar sharing apa yang saya alami semasa percutian saya ke negara kimchi ini.
Sebelum saya komen Korean racist atau tidak, saya ingin menjelaskan/ mengkatagorikan karakter / kelakuan orang berdasarkan lokasi. Ini kerana budaya/ norma masyarkat juga bergantung dengan asal usul mereka.
- Orang Busan : Secara singkat saya menyifatkan orang Busan sebagai "tough but warm at heart"
Bercakap macam mahu begaduh tapi bukan bergaduh. Alahhh macam orang Bingkor bercakap bah tapi orang Busan extra sikit. Macam tough/marah tapi sebenarnya biasa saja. Bukan marah atau mau gaduh. Mau tau macam mana orang Bingkor becakap? (rujuk diSini). Credit to : Nasabakk Channel untuk cara orang Bingkor bercakap. Saya pun orang Zon Bingkor juga jadi biasa sudah lah kalau yang tone suara ada extra sikit ni haha. Tapi kalau begaduh dasyat eh. Kejadian depan mata pemandu bas dengan lady bos sampai bertolak-tolak dada. Hari-hari ada drama teriak teriak ni selama 3 hari saya di Busan. Nda payah mau tengok K-Drama, depan mata sudah tu drama hahaha
- Orang Seoul : Self- centred and ada harsh sikit dari percakapan (intonasi etc) mungkin juga telampau sibuk jadi diorang terlalu fokus sama diri sendiri saja untuk survive.
Mau cerita kejadian naik taxi. Saya ikut naik taxi bertiga dengan kawan, sama luggage kami. Kami kena scammed, taxi meter menunjukkan jumlah lain, tapi dia markup. Tapi kami let go juga sebab driver tu kesian. Dia cerita dia baru keluar hospital ada mama lagi mau jaga. Dia tunjuk lagi gambar dia masuk hospital dan luka operation yang ada jahitan. Walaupun dia cakap bahasa Korea, tapi boleh rasa dia sangat terbeban, dia sebak sendiri sampai tidak boleh cakap, lagi mata dia berair. Orang dia kurus. Mungkin orang kita ni sangat cepat kasihan juga?
Sementara lagi dua orang kawan planned mau naik lagi satu taxi bersama-sama. Tapi diorang dapat taxi driver yang tidak membenarkan sharing taxi. Jadi diorang berdua terpaksa ambil teksi berasingan padahal teksi tu besar (SUV) dan luggage sorang satu saja. Pelik. Kesiankan member jadi kami total up saja kos 3 teksi and bagi sama rata.
- Orang Incheon : OMG Sangat baik. Beza dengan Orang Seoul dan Busan.
Sehari Sebelum balik ke Malaysia, kami pindah tempat penginapan ke Incheon supaya dekat dengan Incheon airport. Kami naik bas ke tempat penghinapan tapi terlepas tempat station kami mau turun. Disinilah masalah kami bermula. Mainly atas faktor Bahasa, tidak dapat book taxi (tiada download Kakao T app & register) dan Islamophobia untuk segelintir masyarakat, mentally tidak okay sebab kesejukan betul dengan suhu "feels like" mencecah -9 celcius sekali dengan angin kuat (Incheon kuat angin sebab kawasan tepi laut).
Untuk dipendekkan cerita, kami cuba bertanya juga dengan orang di bustop tapi ada yang tidak boleh berkomunikasi sebab bahasa dan juga ada yang Islamophobia. Memadangkan kawan saya bertudung, orang tempatan (Incheon) ni ada macam takut sikit lah mau bercakap dan cuba untuk tidak melayan. Tapi akhirnya ada juga datuk yang panggil taxi yang lalu dan tolong jelaskan sama driver yang kami ni sesat dan minta bawakan kami ke penghinapan. Tunjukkan alamat penghinapan kami. Terima Kasih datuk. Dapat taxi driver pun yang baik. Jauh juga kami tersasar dari laluan kami yang asal haha. 20 minutes drive dari station ke penghinapan. Taxi Driver yang kami jumpa beza dengan Seoul. 3 kali kami ada incident dengan taxi di Incheon, semua driver tu yang baik-baik. Dari segi intonasi suara pula, tidak harsh atau kedengaran macam marah- marah. Ada lagi driver yang siap sumbat kami berlima dalam taxi supaya tidak payah bayar mahal taxi dia bilang. Tapi dalam dia sumbat kami berlima tu dia cek juga keselesaan, dan tanya kalau semua orang okay. Sangat berbeza dengan taxi driver Seoul yaaa. Kami balik hampir tengah malam jam 11:10PM di bustop. Public transport sudah tutup. Taxi driver dia sumbat juga kami berlima sebab kami semua kawan.
Bagi saya, walaupun di Incheon ni adalah hari yang banyak halangan untuk kami, tapi sekarang kalau saya imbas kembali, Hari di Incheon menjadi memori yang berharga dan sangat best bagi saya.
Kebun Sayuran dekat Penginapan |
Sudah sesat penginapan pula entah tengah kebun sayur & kubis mana pula haha. Memang suasana kampung. Siap pengalaman kena gongong anjing lagi, sempat berfikir mau lari kah, duduk kah, mau buat apa niii??. Ini lucu haha.
Biasalah tu kalau kita travel di mana-mana, ada yang baik dan ada yang kurang menyenangkan bagi kita. Tidak kira negara dan bangsa. Nama pun travel kan, mesti mau ada pengalaman hehe
Sekiranya saya boleh putar balik masa, ada beberapa perkara yang akan saya buat. Tapi saya akan buat postingan berlainan pula sebab penulisan kali tentang orang Korea Selatan saja.
Sebelum penutupan, kepada pembaca yang sudah ke Korea Selatan, apa pendapat kamu tentang Statement Orang Korea Racist dan apa persiapan yang kamu harap kamu buat sebelum ke Korea Selatan?
Ada kah pengalaman lucu kamu menjadi "Traveller" di sana?
Sila tinggalkan komen kamu dibawah 😊
Sekian,
#Losunbambangan
Comments
Post a Comment