Hi Semua,
Posting hari ini adalah bekenaan trip memancing saya di Jeti Memancing Koperasi Kuala Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan. Orang bilang Jeti Lukut ini port Kumpau? Betul kah?
![]() |
Sumber Gambar. Credit to Mohd Helmi Daud |
Yuran Memancing : RM5/seorang
Perjalanan ke Jeti ini mengambil masa selama 1 Jam 15 Minit dari kediaman saya memandangkan saya tinggal di Selangor. Tapi demi memancing tidak rasa juga tu driving pigi sini Jeti. Ini adalah trip memancing saya yang pertama selepas saya resigned. Banyak masa kita ni mo pigi mancing haha. Saya bukanlah orang yang mahir sangat memancing laut ni, tapi minat memancing saja. Tidak apa, pelan pelan dulu mau belajar. Impian saya paling besar untuk memancing adalah mau pigi memancing di laut dalam. 10 tahun suda tapi belum kejadian hehe
Okay lah, tanpa membuang masa mari kita teruskan.
Untuk memancing ni, saya gunakan umpan udang. Umpan udang hidup ada dijual di kedai tepi jalan kira-kira 100 meter sebelum sampai ke Jeti. Saya beli size L (Dibawah), harga RM1 seekor.
Ni link Location kedai umpan Kedai Umpan Hidup Jeti Koperasi Lukut
![]() |
Sumber: Googlemap |
Comments
Post a Comment