Kempen Derma Darah di Subang Jaya Medical Centre sebagai aktiviti CSR

Hi Semua,


Postingan hari ini ialah Derma Darah di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) , Bandar Sunway sebagai salah satu aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat kami.

Pusat Derma darah SJMC terletak di Level 5, SJMC, North Tower Annex Blok 1. Parking kereta available di basement bangunan yang sama.

FREE PARKING. Bagi penderma darah, Boleh dapat FREE PARKING sekiranya kamu menggunakan printed ticket sahajaHanya perlu disahkan dia kaunter pendaftaran Pusat Derma Darah.
Kalau menggunakan debit kad/touch n go, tidak dapat free parking.


Pendaftaran

Setibanya di tingkat 5, saya terus ke bahagian Pusat Derma darah dan mendaftar. Saringan/ check-up akan dilakukan untuk memastikan penderma dalam keadaan yang sihat untuk menderma darah. Yeayy nasib fit to donate..😄😄


Sesi Derma Darah

Derma darah sangat cepat dalam 5 minit lebih saja , penuh suda 1 bag.
 

Lepas derma darah, nurse suruh rehat sekejap and kena bagi Minuman & sandwich..
Layanan daripada staff memang terbaik, tempat pun memang sangat selesa. Dalam banyak-banyak tempat saya derma darah, sini la yang the best saya pernah datang hehe


Tapi lepas dermah darah blood pressure saya turun pula haha, selepas 3 kali check & resting, baru la saya kena release.

Pemandangan dari tingkap bilik derma darah SJMC

Lepas kena release saya rehat sekejap di depan pendataran sebab tiba-tiba pula rasa macam pening sikit.
Lepas okay, baru gerak balik..

PARKING TICKET!
Opsss sebelum balik, jangan lupa validate parking ticket kamu di kaunter pendaftaran.  


Kalau kamu berminat untuk buat CSR atau derma darah sukarela disini, kamu bolehlah hubungi Pusat derma Darah SJMC di talian 03-5639 1575


Ini pula goodies bag dari syarikat kami, semua penderma kena bagi goodie bag.


Banyak makanan dalam dia ❤️❤️❤️


Sekian, Terima Kasih

#Losunbambangan

Comments